
Kelab ini telah diasaskan
pada awal tahun 2001 oleh beberapa rakan yang berminat dalam
komunikasi radio dua hala di Nilai, Negeri Sembilan. Pada
tahun 2002 satu kertas kerja beserta lakaran undang-undang
tubuh telah dirangka. Pendaftaran bagi penubuhan kelab ini
telah terhenti buat seketika kerana memberi penumpuan kepada
penubuhan satu organisasi lain di Kuala Lumpur.
Pada
awal tahun 2003, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi meneruskan
pendaftaran Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan. Jawatankuasa
tersebut terdiri daripada :
| Tn. Syed Shehan Bin Syed
Sultan |
9W2EG |
| En. Munzir Bin Abdullah
Sani |
9W2ZE |
| En. Muslim Bin Ali Munir |
9W2LIM ketika itu SWL |
| En. Abd. Rahman Bin Ibrahim |
9M2RD |
| En. Ahmad Hasni B. Jalilah |
9M2ABC ketika itu SWL |
| En. Haris Fadzillah B. Hasan |
9M2ALL ketika itu SWL |
| En. Mohd Amrin Zairy Adham |
9W2BC |
| En. Azmi Bin Rahman |
9W2JI |
| En. Md. Nasarudin B.
Hj. Mazlan |
9W2NSM ketika itu SWL |
Mesyuarat
bagi penubuhan ini telah diadakan di Restoran Al-Salam Bandar
Baru Nilai. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil dari Malaysian
Amateur Radio Transmitter’s Soceity (MARTS):
| En. Zolkhonain
Bin Norizan |
9W2AC Vice
President |
| Pn. Zuraidah Bt. Zainal |
9W2ZU |
| En. Mohd Hafidzan Bin
Ismail |
9W2MC |
Pendaftaran
kelab telah diterima pada tarikh 2hb Oktober 2003 dengan Nama
NEGERI SEMBILAN AMATEUR RADIO CLUB dengan
No. Pendaftaran 1462-03-9.
|